Al-Sahrawardi, seorang yang bijaksana berpesan pada anaknya:
Wahai anakku, tiadalah akal bagi
orang yang memungkiri janji
Tiadalah maruah bagi orang yang tidak
jujur
Tiadalah ilmu bagi yang tidak berminat
Tiadalah taubat bagi orang yang tidak
mendapat taufik Allah
Tiadalah kekayaan yang lebih besar
nilainya daripada ilmu
Tiadalah harta yang lebih bernilai
daripada sikap lemah lembut
Tiadalah kedudukan yang lebih tinggi
daripada adap sopan
Tiadalah teman yang lebih cekap
daripada akal
Tiadalah bukti yang lebih terang
daripada mati
Tiadalah kemuliaan yang lebih tinggi
daripada meninggalkan maksiat
Tiadalah beban yang lebih berat
daripada hutang
Tiadalah ibadah yang lebih baik
daripada diam sambil berfikir
Tiadalah kejahatan yang lebih dasyat
daripada dusta
Tiadalah kemiskinan yang lebih dasyat
daripada kejahilan
Tiadalah kehinaan yang melebihi tamak
Tiadalah sesuatu yang lebih baik
daripada sifat qana’ah